Sinar Di Hujung Kelam merupakan sebuah filem pendek yang menjadi kebangaan
Udin serta rakan-rakan seperjuangan di alam pengajian yang mana Udin terlibat
dalam produksi dan berpeluang membintangi filem ini. Filem ini mengisahkan keazaman seorang bekas
banduan penagih dadah untuk kembali ke pangkal jalan menghadapi cabaran
yang amat besar apabila terpaksa berhadapan dengan presepsi buruk masyarakat, dibuang oleh
keluarga dan ditinggalkan oleh isteri. Hanya rakan yang pernah menagih bersamanya
yang sudi menerima untuk kembali dan melakukan aktiviti lampau. Berbekalkan kekuatan
diri, penghayatan agama serta bimbingan dan kaunseling berjaya merealisasikan
matalamat diri untuk kembali kepangkal jalan dan pulih dari penagihan.
Apa yang ingin Udin kongsikan bersama pada entry kali ini adalah realiti
sebenar seorang penagih. Mereka ingin kembali kepangkal jalan, tetapi tidak
mendapat sokongan dari mereka-mereka yang terdekat yang memungkinkan golongan
ini kembali kepada tabiat asal mereka. Selain sokongan dan penerimaan
masyarakat serta keluarga, keperluan kaunseling amatlah perlu bagi membimbing
mereka membina kekuatan diri menghadapi cabaran yang amat besar untuk dilalui.
Kepada pembaca sekalian, terima dan berikanlah sokongan yang tidak berbelah
bagi kepada golongan ini kerana mereka amat-amat memerlukan sokongan demi
mengekalkan kepulihan. Kepada keluarga yang menghadapi masalah dengan
penagihan, sila rujuk dan berjumpa kaunselor berdekatan bagi mendapatkan nasihat
dan maklumat bagi membantu mereka kembali ke pangkal jalan.
Kepada rakan-rakan kaunselor Udin, filem ini amat sesuai untuk dijadikan
bahan pelajaran kerana ianya penuh dengan maklumat dan realiti kehidupan
seorang bekas penagih. Udin tidak dapat memuat turun filem ini di laman blog kerana
ianya menjadi hakmilik penuh penerbit. Jika diizinkan, mungkin satu hari nanti
kita akan sama-sama dapat menontonnya. Buat rakan-rakan yang sama-sama berusaha
merealisasikan filem pendek ini, Udin kongsikan beberapa foto dan lagu tema
filem ini buat penghilang rindu diantara kita semua. Lagu ini dinyanyikan oleh adik
Wani yang sedang menempa nama dalam bidang nyanyian, merupakan anak jati kampung Udin...
No comments:
Post a Comment