Satu
hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di
KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi.
"Mr
John inilah menara Dayabumi.. dibuat dari mammar putih.. bila malam ia
berkilauan.. kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya.." kata pemandu
teksi dengan bangga.
"Ceh..
kalau di USA.. bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan
sahaja."" Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Pemandu teksi tadi
terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL.
"Mr
John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err.. dua
bulan untuk menyiapkannya."" Kata pemandu teksi sambil menyerkap
jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.
"Oh..
kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu
sahaja."" Kata pelancong tadi dengan belagaknya.
Merah
padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur
melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun
melainkan terus memandu.
Pelancong
tadi dengan tersengih.. menyindir..
"Che
Mat.. berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan
itu?" Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC.
"APA?!!!"
kata pemandu teksi tadi.. "Mana bangunan?" kata Pemandu itu lagi
kehairanan.
"Itu..
yang tinggi tu.." Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC.
"La...
Usupadora.. entahlah Mr John.. semalam saya lalu kat sini takda pulak bangunan
ini. Bila pulak bangunan ini tumbuh.. his.. impossible!" Kata pemandu
teksi itu sambil mengerutkan muka.
* Cerita lawak
No comments:
Post a Comment