Kesempatan kali ini Udin ingin membawa pembaca
sekalian untuk menghayati bait-bait lagu nyanyian Raihan yang bertajuk “Demi
Masa”.
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal soleh
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal soleh
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran...
Korus
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali...
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit;
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin;
Lapang sebelum sempit;
Hidup sebelum mati........... 2x
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal soleh.
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali...
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit;
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin;
Lapang sebelum sempit;
Hidup sebelum mati........... 2x
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal soleh.
Demi Masa - Raihan
Meneliti
maksud surah Al-Asr yang bermaksud : “ Demi
Masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Al-Asr :
1 – 3).
Sekiranya
diperhatikan, terjemahan surah di atas memberi penekanan terhadap beberapa
perkara iaitu :-
ü Allah SWT bersumpah dengan masa;
ü Allah SWT menyatakan sesungguhnya
manusia itu berada dalam keadaan rugi. Sebagai perbandingan, Allah SWT
meletakkan keadaan negatif (rugi) kepada manusia dengan bersumpahkan masa;
ü Allah SWT memberi pengecualian
rugi kepada golongan yang berikut :-
o
Orang
yang beriman;
o Orang yang beramal soleh;
o Orang yang berpesan-pesan dengan
kebenaran;
o Orang yang berpesan-pesan dengan
kesabaran.
Berpesan-pesan boleh difahami dalam bentuk
menyampaikan perkara yang dipercayai dan diamalkan atau dijauhkan mengikut
kemampuan dan kemahiran sesuatu bidang yang kita miliki. Ini bermaksud proses
komunikasi dan penyebaran maklumat terhadap kebaikan dan menghalang kemungkaran
ini perlu dilakukan. Sekiranya tidak, kita akan menjadi orang yang rugi.
Melalui video tadi kita dapat melihat fenomena yang
sedang berlaku dikalangan anak bangsa kita. Mereka terjerumus di dalam kancah
penagihan yang agak kronik. Sebagai manusia biasa, marilah kita sama-sama
berdoa agar mereka-mereka ini diberikan hidayah untuk kembali kepangkal jalan
kerana setiap individu mempunyai kapasiti untuk berubah dan melakukan
peningkatan. Walaubagaimanapun segala perubahan adalah dalam bentuk proses dan
sememangnya sesuatu proses menuntut pengorbanan. Sama-samalah kita membantu
mereka-mereka yang memerlukan bantuan demi melihat pengakhiran yang baik.
Wassalam.
· * JAKIM
No comments:
Post a Comment