Kali ini Udin akan
menerangkan sebahagian daripada kesan yang akan dialami oleh individu yang
mengambil dadah. Pada entry terdahulu Udin telah jelaskan ciri-ciri dadah yang
disalahguna. Diantaranya adalah pergantungan psikologi dan fizikal. Apabila
seseorang itu mengambil dadah, samada suka atau tidak individu tersebut akan mengalami
kesan pergantungan kepada dadah. Terdapat dua kesan pergantungan yan akan
dialami iaitu :-
1. Pergantungan psikologi, dan
2. Pergantungan fizikal.
2. Pergantungan fizikal.
Pergantungan Psikologi
Pergantungan psikologi merujuk kepada perasaan “memerlukan” atau dalam istilah biasa
adalah ‘gian’ kepada dadah. Individu
yang mengalami pergantungan psikologi terhadap dadah yang tertentu selalunya
merasakan dirinya tidak dapat berfungsi secara normal tanpa penggunaan
berterusan dadah tersebut.
Bagaimana pula
pergantungan ini boleh berlaku ?. Didalam otak manusia terdapat tapak ganjaran
yang menyebabkan seseorang rasa seronok. Dopamin
merupakan neurotransmiter yang
menyebabkan keseronokan. Apabila seseorang berasa seronok untuk melakukan
sesuatu, maka ia akan mengulangi semula perbuatan tersebut. Apabila seseorang
mengambil dadah, dopamin akan
dibebaskan dengan kadar yang banyak dan disebabkan itulah terdapat dorongan
untuk mendapatkan kepuasan/keseronokan diri yang disebut sebagai ‘euforia’. Tanpa disedari, keseronokan
yang dihasilkan oleh dadah merupakan “keseronokan
palsu”. Ada diantara penagih dadah yang telah pulih dari penagihan, tetapi
gagal untuk mengawal diri kerana faktor keseronokan yang dirasakan sehingga
menyebabkan ia kembali menagih ataupun ‘relaps’.
Dalam istilah atau bahasa penagih, mereka menyebutnya sebagai ‘Rindu’ terhadap dadah.
Dalam kehidupan biasa manusia,
keseronokan semulajadi yang dicapai adalah melalui makanan yang enak dan
hubungan sex. Ada pendapat yang mengatakan apabila penagih mengambil dadah, ia
dapat mencapai euforia sebanyak tiga
kali ganda dari keseronokan semulajadi hubungan sex. Disebabkan faktor ini
jugalah penagih meneruskan aktiviti mereka. (kepada pembaca sekalian, jangan
lah pula cuba mengambil dadah untuk mendapatkan euforia jenis ini kerana ada cara lain yang boleh dilakukan selain
mengambil dadah). Udin percaya pendapat ini mungkin ada kebenarannya kerana
kalau kita lihat banyak aktiviti yang berkaitan dadah dan sex berlaku
dilapurkan di mass media.
Penghasilan Dopamin
Pergantungan Fizikal
Pergantungan
fizikal merujuk kepada perubahan yang berlaku pada badan selepas penggunaan
berterusan dadah. Pergantungan ini merupakan proses
fisiologi yang biasa berlaku dimana jika pengambilan dadah ini dihentikan ianya
akan menimbulkan gejala-gejala ‘tarikan’.
Sindrom tarikan merupakan tanda-tanda yang dialami oleh individu yang terbentuk
secara tindakbalas semulajadi terhadap
sesuatu dadah yang diambil dan ianya berlaku apabila pengambilan dihentikan
atau dos yang diambil tidak mencukupi.
Diantara gejala yang biasa berlaku adalah sakit perut, muntah-muntah, menggeletar,
berhingus, mata merah dan sebagainya. Gejala ini berbeza mengikut jenis dadah
yang diambil. Gejala ini akan berlaku dalam suatu tempoh tertentu setelah
pengambilan terakhir dan apabila gejala ini berlaku, penagih akan menyambung
pengambilan secara berterusan.
Kesan Pergantungan
Overdose - Nick Real Story
No comments:
Post a Comment