Al Quran dan Hadis Rasulullah (SAW)
tidak menyatakan secara langsung tentang hukum atau larangan berkaitan dadah. Tetapi
secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap muslim mendekati
perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri.
Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang menjadi dalil haramnya benda-benda yang memabukkan hanya dikhususkan kepada arak sahaja. Oleh kerana itu, di dalam
penetapan hukum selain daripada Al-Quran dan Hadis, Jumhur Ulamak telah
berpendapat bahawa Ijmak Ulamak dan Qias juga merupakan sumber yang ketiga dan
keempat bagi menentukan sesuatu hukum.
Oleh kerana itu, hukum dadah tidak dapat ditentukan dengan dalil-dalil daripada
Al-Quran dan Hadis, tetapi akan ditentukan daripada sumber yang keempat iaitu
Al-Qias.
Sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebutkan bahawa :"Tiap-tiap yang memabukkan adalah
haram" dimana tiap-tiap
benda yang memabukkan walau dari apa jenis sekalipun ianya dinamakan juga
"khamar". Pengertian arak
adalah luas termasuklah apa saja benda yang digunakan boleh mengganggu fikiran
dan mengeluarkan akal daripada tabiatnya yang sebenar.
Dalam
hubungan ini, dadah mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap perasaan dan akal fikiran penggunanya, Mereka yang mengambil dadah akan lupa
kepada dirinya, agamanya, keluarganya, dan dunianya serta tenggelam dalam dunia
khayalan. Lebih daripada itu, dadah juga akan mengganggu kemurniaan jiwa dan
menghancurkan moral, keharmonian keluarga, meruntuhkan ibadah dan melemahkan
perasaan untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah (S.W.T.), diri, keluarga dan
masyarakat. Pengharaman
dadah bukan sahaja kepada sesiapa yang memakannya malahan juga kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya.
Sebagai perbidalan, sabda Rasulullah (S.A.W.) ertinya:-
"Sesungguhnya Allah
(S.W.T.) telah mengharamkan arak dan harganya." ,,dan sabdanya
lagi;
"Allah (S.W.T.) telah
laknatkan arak sepuluh perkara, orang yang memerahnya, tempat pemerahan,
orang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang ditawarkan kepadanya,
orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang
yang memakan harganya, orang
yang membelinya dan prang yang dibelikan kepadanya".
Ustz AI - Haram Dadah
Doktor Ahmad
Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencananya yang disiarkan oleh Majalah Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil
yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga
sebab utamanya ialah:-
- Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan
sahaja membawa kepada mabuk tetapi jugak membawa kepada hilang akal, dari
itu ia adalah haram;
- Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana
ianya membawa pengangguran pada permulaannya, dan juga perbelanjaannya
lebih besar daripada arak, maka dari itu ia adalah haram; dan
- Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana
ianya menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah
haram
Menggunakan
dadah dapat diibaratkan sebagai perbuatan membinasakan dan membunuh diri. Sedangkan Allah (S.W.T.) di dalam Surah An-Nisa; ayat 29
bermaksud:-
"Janganlah kamu membunuh
diri kamu kerana sesungguhnya Allah (S.W.T.)
maha belas kasihan
kepada kamu".
FirmanNya
lagi di dalam Surah Al-Baqarah (ayat 195) bermaksud:-
"Dan jangan kamu
mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan".
Majlis
Raja-Raja dalam mesyuarat yang ke 126 yang diadakan pada 24 Februari 1983, setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal
ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:-
"Sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan
dadah, hukumnya disisi syarak
adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh
digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak".
Daripada
dalil-dalil dan penjelasan di atas,
jelas kepada kita bahawa dadah lebih bahaya daripada arak. Hukum
menggunakan dadah menurut Islam adalah haram. Perbuatan menggunakan dadah membawa kepada kebinasaan diri dan amat
dimurkai oleh Allah (S.W.T.) serta dosanya amatlah besar.
Wassalam.