Nikmat Ramadan 2016 disambut dengan penuh kegembiraan buat saudara Ameng
yang dibebaskan dari penjara Kluang. Membawa bersama seribu satu kenangan dan
ilmu yang diperolehi di dalam tembok besi pastinya memberikan kekuatan dalam
meneruskan kehidupan yang perlu dilalui.
Sebagaimana post awal Udin pada 27 Nov 2014 bertajuk Hikmah Dari Penjara, sebenarnya banyak yang telah dipelajari oleh sesiapa sahaja yang
berada di dalam mana-mana tembok besi dan tidak terkecuali juga saudara Ameng. Pihak
penjara sememangnya telah melakukan yang terbaik kepada setiap penghuni yang
menumpang kasih didalamnya samada buat sementara, seumur hidup ataupun yang
terpaksa menyerahkan nyawa didalamnya. Melalui ilmu dan pengalaman ini
diharapkan saudara Ameng akan dapat
berkongsi segala pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani hukuman sebagaimana
janjinya dahulu iaitu :-
“Insya-Allah apabila keluar
dari penjara nanti saya berhasrat nak beralih ke bidang motivasi selain
menyanyi. Saya akan ceritakan semua pengalaman awal saya bagaimana boleh
terjebak dengan dadah” – Ameng
Sesungguhnya ketentuan Allah itu pasti. Biar apa pun yang berlaku,
redha itu sangat penting buat kita semua. Marikah kita berdoa dan memberikan
sepenuh sokongan kepada saudara Ameng agar beliau dapat meneruskan kehidupannya
dengan baik dan jadikanlah pengalaman yang dilaluinya sebagai gurunya yang
sejati.
Pengalaman telah mendewasakan,
mematangkan fikiran,pahit getir yang pernah kulalui,
guruku sejati,
Adalah menjadi tanggungjawab
kita sebagai ahli masyarakat untuk sama-sama menerima golongan yang keluar dari
penjara atau pusat pemulihan kerana mereka ini benar-benar perlukan perhatian untuk
meneruskan kehidupan. Bantu dan sokonglah mereka.
Salam Ramadhan 2016
No comments:
Post a Comment