Secara amnya terdapat banyak faktor
yang boleh menyebabkan seseorang terlibat dalam penagihan dadah. Diantaranya adalah
ingin mencuba sesuatu yang baru, dipengaruhi oleh rakan, keperluan emosi dan
psikologi yang tidak dipenuhi, keluarga yang bermasalah, persekitaran yang
terdapat ramai penagih dadah dan berbagai lagi. Kegagalan seseorang individu
mengawal diri akan menyebabkan ianya mudah terpengaruh seterusnya mencuba untuk
mengambil bahan terlarang dan terjerumus kedalam dunia penagihan.
Bagi melihat dengan lebih jelas
tentang permasalahan ini, terdapat
perkaitan yang sangat sinonim bagi menentukan penglibatan seseorang dalam
gejala penagihan dadah ini iaitu faktor risiko dan faktor perlindungan.
Menurut Kamus Dewan edisi ke 3, Risiko
didefinisikan sebagai kemungkinan
mendapat bahaya atau kerugian manakala Perlindungan
pula adalah memberi bantuan atau pertolongan atau memelihara. Sebagai contoh, ibubapa
yang sentiasa mengawal tingkahlaku anak-anak dari segi pergaulan dengan
rakan-rakan dan menetapkan masa untuk berjumpa dengan rakan-rakan serta
mengenali rakan-rakan anaknya secara tidak langsung telah mewujudkan faktor perlindungan. Jika ini
berlaku, risiko anak-anak untuk berkawan
dengan rakan-rakan yang telah mengambil dadah adalah dan terlibat dengan
penagihan adalah terkawal. Secara umumnya, semakin banyak faktor pelindungan
yang didedahkan kepada ahli masyarakat maka semakin berkurang faktor risiko
penyalahgunaan dadah. Diantara pendekatan yang boleh dibuat oleh masyarakat
dalam menangani masalah penagihan dadah adalah
sebagaimana berikut :-
i. Memusnahkan kawasan penagihan (port penagih)
ii. Membuat rondaan di kawasan perumahan bersama
komuniti
iii. Aktiviti pencegahan dan kempen kesedaran dengan
kerjasama pihak AADK, Polis dan PBT
Dengan adanya aktiviti yang
dirancang, masyarakat sebenarnya telah mencipta faktor perlindungan kepada
ahli-ahlinya dan secara tidak langsung risiko pengambilan bahan terlarang tertamanya
dadah adalah terkawal.
DADAH,
CEGAH SEBELUM TERLIBAT…
No comments:
Post a Comment