Selamat menyambut hari kemenangan bagi umat Islam
yang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab berpuasa selama sebulan di bulan
Ramadan. Mudah-mudahan segala amalan terpuji yang kita laksanakan sepanjang
Ramadan diredai Allah hendaknya dan terus diperteguhkan lagi. Walaupun agak
lewat bagi Udin memberikan ucapan Salam Aidil Fitri, namun ianya masih belum
terlambat kerana Aidil Fitri disambut selama sebulan. Dikesempatan ini Udin
menyusun jari memohon keampunan dan kemaafan atas kesalahan dan keterlanjuran
yang berlaku samada disedari atau tidak. Semoga ikatan silaturahim sesama insan
dapat diperkukuhkan lagi demi melahirkan kehidupan yang lebih harmoni dan
bermakna.
Sambutlah Aidil Fitri dengan orang tersayang serta
rakan taulan dan jangan ada jurang antara kita dalam meraikan sambutan Aidil Fitri kali ini. Rakamkan kenangan indah bersama
mereka dalam kotak memori kita buat ingatan selama-lamanya. Dalam pemerhatian
Udin sepanjang menyambut ketibaan Aidil Fitri terdapat rakan-rakan yang agak
dipinggirkan terutama mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan atau
bekas-bekas penagih. Ambil peluang untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka
dan sekiranya ada ruang untuk memberi nasihat, pandangan atau bantuan cubalah
hulurkan. Semoga sedikit pertolongan yang kita berikan dapat memberikan
semangat dan kekuatan kepada mereka untuk membuat sedikit perubahan yang akan
menjadi titik tolak kepada perubahan yang lebih besar.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir Batin....
9 Syawal 1435
9 Syawal 1435
No comments:
Post a Comment