Kajian oleh Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia (MCPF) mendapati penagihan dan penyalahgunaan dadah merupakan
punca utama berlakunya kejadian ragut, pecah rumah dan jenayah jalanan. Pada
kebiasaannya penagih yang tidak mempunyai pekerjaan tetap akan melakukan
jenayah jenis ini bagi membeli dadah yang telah menjadi keperluan seharian
mereka.
Kejadian jenayah melibatkan
penagih dadah ini dijangka akan berterusan andai tiada usaha dijalankan untuk
membendung dan membentras dengan pelbagai usaha. Salah satu usaha yang boleh
dilaksanakan ialah dengan memperkukuhkan institusi kekeluargaan.
Terdapat keperluan untuk
membina sebuah keluarga yang kukuh dan menjadi teras kepada masyarakat yang
sihat dan stabil serta mampu menangani
ancaman dadah dan gejala sosial yang lain. Ibubapa harus sedar bahawa
ketagihan dadah menjadi ruang kepada gejala yang kurang sihat seterusnya
membawa kearah melakukan aktiviti jenayah.
Adalah menjadi suatu yang amat
wajar bahawa institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam memerangi
penyalahgunaan dadah dan masalah
sosial yang dihadapi oleh masyarakat pada hari ini.
Kita
seharusnya sedar dan mengambil peranan untuk
mewujudkan masyarakat penyayang dan
mempunyai rasa tanggungjawab dalam memerangi penyalahgunaan dadah sebagai mekanisma
pertahanan utama. Kita perlu mendidik anak-anak kita dan memastikan mereka
menghargai nilai-nilai murni seperti sifat persefahaman, hormat-menghormati
antara satu sama lain, patuh pada undang-undang, mempunyai keyakinan diri dan
sifat keterbukaan dalam menerima saranan dan pandangan. Sebagai ahli dalam
masyarakat, kita juga sewajarnya berani menegur perlakuan anak-anak jiran
tetangga kita apabila dilihat ada sesuatu yang tidak kena pada mereka. Anggaplah
anak mereka juga seperti anak kita demi kehidupan yang sempurna dan lebih baik
kerana nasihat menasihati adalah amalan mulia.
BEBASKAN DIRI ANDA DARI DADAH……
No comments:
Post a Comment