Selamat tinggal 2014 dan selamat datang 2015. Sebagaimana kita sedia maklum, tahun 2014 merupakan tahun yang amat mencabar bagi negara yang kita cintai. Berbagai peristiwa suka dan duka telah kita sama-sama lalui dan kita diuji dengan peristiwa sukar sepanjang tahun. Tragedi MH370, MH17 dan yang terakhir banjir besar melanda pada penghujung tahun membuatkan kita semua sama-sama menangis dan berdoa bagi kesejahteraan mangsa-mangsa yang terlibat.
Sebagaimana lazim, apabila muncul
hari pertama tahun baru, kita akan menetapkan azam dan merencanakan wawasan
yang akan dilaksanakan sepanjang tahun. Jika menurut kehendak hati, berbagai
perkara hendak dilakukan dan dicapai, namun adakah ianya relevan dan kita
berkemampuan melaksanakannya, tepuk dada dan tanya hati masing-masing. Bagi Udin, apa yang
penting adalah pencapaian tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun terdahulu dan
sentiasa istiqamah ataupun konsistant dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Bagi memastikan keamanan dan kedamaian persekitaran kita
sentiasa terpelihara, marilah kita sama-sama berganding bahu melakukan sedikit
pengorbanan membuat aktiviti pencegahan sedaya mampu. Ianya bersesuaian dengan
sabda junjungan besar nabi kita sebagaimana diriwayatkan dari Abu Said
Al-Khudri r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
من رأى منكرًا فليغيره
بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف
الإيمان
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia
mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan
sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah
selemah-lemah keimanan.” (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu
Said r.a).
Hadis ini menunjukkan
perintah untuk beramal makruf dan nahi mungkar bergantung kepada kemampuan kita
sebagai manusia. Ada diantara kita yang boleh mengubah kemungkaran dengan menggunakan
kuasa yang ada dalam bidang masing-masing. Sekiranya tidak mampu, cegahlah dengan lisannya iaitu secara amaran atau
memberikan nasihat dan sekiranya tidak mampu cegahlah dengan hatinya iaitu
membenci segala kemungkaran yang wujud.
Dalam konteks
penyalahgunaan dadah, marilah kita bersama-sama berganding bahu memastikan
gejala ini tidak akan singgah langsung dalam persekitaran rumahtangga, kediaman
dan seterusnya negara yang kita sayangi ini kerana kita sedia maklum gejala ini
mendatangkan kemudaratan kepada semua pihak. Sayangilah diri kita, keluarga dan
masyarakat serta elakkan dari terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah.
Sempena tahun baru ini, marilah kita sama-sama menghayati bait-bait indah dan audit diri melalui sajak nukilan :
KH Mustofa Bisri yang bertajuk Selamat Tahun Baru Kawan
Wassalam dan
Selamat Tahun Baru 2015……
No comments:
Post a Comment