Assalamulaikum WBKT dan Salam
Sejahtera…
Agak
lama Udin tidak update blog ini disebabkan kesebokan tugas dan aktiviti
seharian yang perlu dijalani dan tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun,
dikesempatan yang terluang, Udin tetap memperuntukkan sedikit masa untuk mengumpul
bahan-bahan dan juga material yang akan Udin kongsikan bersama nanti.
Dikesempatan kali ini Udin ingin
berkongsi sedikit pengalaman yang udin perolehi semasa menghadiri Seminar Antarabangsa Pencegahan
Penyalahgunaan Dadah 2014 (PREVENT 2014). Seminar ini telah diadakan pada
15-16 Oktober 2014 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USIM). Seminar yang
bertemakan “Amalan Bersepadu Dalam
Pencegahan Dan Pemulihan Penyalahgunaan Dadah” adalah bertujuan untuk
meningkatkan tahap profesionalisme kepada mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam aspek pendidikan pencegahan dan rawatan pemulihan. Ianya
juga menjadi medium perkongsian idea dan pengalaman dalam membincangkan isu-isu
pencegahan dan rawatan pemulihan dadah di negara ini.
Sepanjang seminar ini berjalan
beberapa pembentangan kertas kerja oleh
mereka yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing telah dibuat terutamanya
ahli akademik dan juga pengusaha pusat rawatan dan pemulihan. Banyak ilmu dan
idea dapat dikongsi dalam menangani masalah penagihan dan rawatan.
Bagi sesiapa yang berminat untuk
mendalami ilmu dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program yang
serupa pada masa hadapan, bolehlah berhubung dengan pihak penganjur kerana Udin
difahamkan program seumpama ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh
pihak universiti.
Hubungi Acreda
PEJABAT
PENTADBIRAN ACREDA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
BANDAR BARU NILAI, 71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-798 8700/8708/8690/8421
FAX: 06-798 8699
EMAIL: info.acreda@usim.edu.my
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
BANDAR BARU NILAI, 71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-798 8700/8708/8690/8421
FAX: 06-798 8699
EMAIL: info.acreda@usim.edu.my
Apa yang penting bagi Udin adalah
perlunya kerjasama semua pihak dalam menangani masalah penagihan dan pemulihan.
Tidak kira samada peranan seseorang itu besar atau kecil, ianya adalah perlu
bagi menjamin kejayaan sesuatu program yang dijalankan ibarat kata
pepatah melayu “Bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Oleh itu sama-samalah kita
mengembeling tenaga bagi membenteras gejala ini seterusnya membantu mereka-mereka yang
telah tergelincir di lembah penagihan untuk kembali kepangkal jalan.
No comments:
Post a Comment