Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah
disebaliknya dan kita perlu terus memandang kehadapan demi meneruskan
kehidupan. Jadikan sejarah silam sebagai
panduan atau motivasi diri untuk terus
maju.
Setiap daripada kita pastinya mempunyai
pengalaman suka duka dalam kehidupan dan ianya berbeza diantara satu dengan
yang lain. Tidak kira samada ianya pengalaman pahit atau manis, semuanya
merupakan asam garam yang sewajarnya menjadi kenangan yang boleh diabadikan sampai
bila-bila.
Dikesempatan kali ini Udin ingin
membawakan sedikit iktibar dan pengalaman yang sudi dikongsi oleh saudara kita
yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah. (Rujukan : Harian Metro 25 Nov 2014) Sebahagian
daripada kita kenal dengan penyanyi Ameng dari kumpulan Spring. Popular dengan
lagu Sampai Hati, Romantis, Kita ditakdirkan jatuh cinta, Butakah cinta,
Bourgenvilla dan banyak lagi lagu-lagu beliau yang telah menaikkan namanya
dipersada seni. Pada masa ini saudara Ameng masih bergelar penghuni tirai besi
kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Apa yang menarik untuk dikongsi adalah semangat yang ditunjukkan oleh Ameng semasa berada di
sebalik tirai besi untuk memperbaiki diri dan bergiat aktif dalam aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak penjara dan beliau bertekad untuk menjadi seorang ahli
motivasi dan sudi berkongsi pengalaman yang dilalui selama ini. Berikut adalah petikan
dari kata-kata Ameng ......
“Insya-Allah apabila keluar dari
penjara nanti saya berhasrat nak beralih ke bidang motivasi selain menyanyi.
Saya akan ceritakan semua pengalaman awal saya bagaimana boleh terjebak dengan
dadah” – Ameng
Apa yang menarik untuk dikongsi daripada
kisah Ameng adalah kejujuran dan kesediannya untuk berkongsi pengalam serta
liku-liku hidup yang telah dilaluinya sepanjang menjadi anak seni sehinggalah
ia keluar daripada tirai besi kelak dan apa yang lebih penting adalah ia berani
menghadapi kenyataan dan tidak lari daripada masalah yang ada. Sama-samalah
kita berdoa agar perjalanan hidup saudara Ameng dipermudahkan dan marilah kita terus
memberikan sokongan atas niat sucinya demi melihat kehidupan yang lebih baik
buat dirinya dan insan-insan yang senasib dengannya. Udin juga ingin kongsikan
sebahagian daripada bait-bait lirik lagu yang bertajuk Sejujur manakah kata-kata nyanyian Ameng yang
boleh dikaitkan dengan kehidupan yang berlaku dalam dirinya.
Pengalaman telah mendewasakan,
mematangkan fikiran,
pahit getir yang pernah kulalui,
guruku sejati,
Sebenarnya ramai daripada kita yang
tidak sedar kewujudan insan-insan berhati mulia yang sudi menghambakan diri
membantu insan-insan lain yang senasib dengannya. Melalui pengalaman Udin
melawat pusat-pusat rawatan dan pemulihan dadah yang dikendalikan oleh pihak
NGO atau individu, kebanyakan daripada tenaga kerja mereka adalah rakan-rakan senasib
yang telah pulih sepenuhnya daripada penagihan. Mereka menjadi rakan dan
pembimbing kepada kumpulan-kumpulan yang mahukan perubahan dalam hidup setelah
tergelincir dalam penagihan. Apa yang meraka harapkan adalah penerimaan orang
yang berada disekeliling agar mereka terus berada dalam kelompok keluarga dan
masyarakat serta sama-sama memberikan sumbangan dan berperanan dalam kehidupan
seharian. Sebagai ahli masyarakat, marilah kita sama-sama menerima semula kehadiran kumpulan ini secara terbuka serta jauhkan daripada stigma kesalahan lampau mereka supaya mereka ini terus mempunyai kekuatan diri untuk sama-sama berada dalam masyarakat.
Spring : Sejujur manakah kata-kata
Sejujur
mana ikhlasnya hati
ketika lembut senyum diberi
apakah ada tujuan...
sebalik senyuman itu...
Sejujur manakah kata-kata
ketika kita bertentang mata
boleh kah aku percaya
mungkin itu satu sandiwara
kerana sering
pengucapan zahir batin tak seiring
ada rasa ada jiwa
terluka hilang rasa percaya
Pengalaman telah mendewasakan
mematangkan fikiran
pahit getir yang pernah kulalui
guruku sejati
Bukan dirimu ku curigai
aku sekadar berhati-hati...tidak rela bakal ada yang kecewa...
biar waspada.