Sekiranya
kita tidak dapat menggembirkan mereka, janganlah kita menyusahkan mereka. Itulah
falsafah yang Udin pegang sehingga sekarang. Dalam bilik darjah Udin selalu
mengingatkan anak murid bahawa tidak semua diantara kita dilahirkan mempunyai
kelebihan dan kemahiran untuk belajar dengan baik. Untuk Berjaya, kita perlu
berusaha semaksima mungkin. Tetapi andai tidak Berjaya dalam pelajaran,
janganlan menyusah atau melukakan hati keduanya.
Apabila
anak-anak terlibat dengan perkara yang menyalahi undang-undang, kedua ibubapa
yang akan merasa kesukarannya. Malu berhadapan dengan masyarakat sekeliling dan
ada kalanya terpaksa mengeluarkan wang jaminan apabila anak dituduh di mahkamah.
Itulah hakikat yang dihadapi oleh kedua ibubapa. Walau sejahat dan seburuk
manapun perangai serta kelaluan anak-anak, akhirnya ibubapalah yang akan membela
mereka.
Sebagai
anak yang sayang dan kasihkan kedua ibubapanya, berbaktilah kepada mereka
sementara mereka masih hidup kerana inilah masa terbaik yang boleh kita berikan
kepada mereka. Andai kita telah terlanjur melukakan mereka, kembalilah kepada
mereka dan mohonlah keampunan dari mereka atas kesalahan yang telah kita
lakukan.
Tiada ibubapa
yang mahu melihat anak mereka sensara, walau apa yang berlaku terhadap mereka,
mereka mahukan anak-anak kembali kepada mereka dan melihat mereka bahagia.
Begitulah harapan keduanya.
Bagi membayangkan
betapa kasih kedua ibubapa kepada anak-anaknya, marikah kita lihat harapan
seorang ayah kepada anaknya yang telah terjebak dalam kancah penagihan dadah
supaya kembali kepada kepada kehidupan asal mereka…
Terimalah sajak yang
bertajuk “Jadilah Awang”.
Jadilah Awang......
No comments:
Post a Comment